Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.
rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yang membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.
Tuesday, March 16, 2010
Erti Persahabatan
Posted by nicecoach at 8:39 PM 0 comments
Thursday, March 11, 2010
besday zaki
Hari nie ku happy2.....satu persatu ku telah menerima kenangan manis..smoga thun ini memberi kecerian dlm hidup ku ini..Ku tungu telor itulah kate2 manis hari nie..
Terima kasih kawan2 ...pn lydia,cik ana,akak jalilah & fadilah kerna susah payah mnyediakan kek hari jadi...x lupa juga kat kwn2 yg merangcang mngenakan ku,
Tok Dalang:Mohd Faizal Yunos
pengeluar Tepong dan telor 2 biji: Fadilah dan kuncu2 kak wardah(mak),vala,wahida
pengeluar telor 2 biji: Khairul Azri....
ops..x lupa juga juru gambar n juru foto...khasturi,nizam,wardah....
watak tambahan..faizal jawa,ziroh(PA),,arniza,zuraini sat naaa,abg mazlan, en ramli n mat hery toke kedai
turut mngudang en hadi alhafiz drpd puduraya sbagai pnyeri..
Posted by nicecoach at 4:25 AM 0 comments
Friday, March 5, 2010
Taniah Anip
Tahniah en anip telah berjaya menyambung kontrak crc 2010..Dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran.
Posted by nicecoach at 4:03 AM 0 comments
Sukan Nice
Acara tembak menembak lilin diantara malaysia dan indonesia di nice.Malaysia di wakili oleh juara bertahan 5tahun m-ajai manakala indonesia diwakili oleh surianti lombok...Wanita bertudung coklat merupakan pengadil jemputan,beliau merupakan pakar dalam bidang menembak ia juga dikenali dgn nama(fad shooter)
Posted by nicecoach at 3:49 AM 0 comments
Pesta Kek






Posted by nicecoach at 3:45 AM 0 comments
Wednesday, March 3, 2010
Bday 4 Fabuary
Bulan febuary telah menyelamatkan dua insan yg bnama faizal yunos & khairul drpd di baling telor+ tepong di sebabkan mereka mngambil cuti sbagai alsan .....
Ape2 pun slamat mnyambut umur yg smakin besar..Disebabkan selamat drpd mkn telor + tepung maka tersnyum nampak GIGI lah ler mereka menerima hadiah musim nie...
Tapi Ingt Telur +Ttepung Gandum x akan melupakan kamu...hehee...
Posted by nicecoach at 6:01 PM 1 comments
Thursday, February 4, 2010
Nice Homepage
Plusliner Travel and Tours
- Nice Imperial on the road 1st May 2013 - 5/1/2013 - Unknown
- Lanjut Golf & Country Resort Pahang - 10/25/2012 - Unknown
- MALAYSIA TRAVEL GUIDE - ENGLISH - 2/10/2010 - Unknown
- Contact us now!!! - 1/27/2010 - Unknown
- Nice Executive & Plusliner Corporate Video - 1/27/2010 - Unknown